Saturday, August 1, 2009

5. acara AKAR


Askarya Arts sempat bertandang sebentar ke acara yang telah dianjurkan oleh pergerakan yang menggelarkan diri mereka AKAR. Secara amnya, pergerakan AKAR ini dahulunya dikenali sebagai layar tanchap. Kini mereka telah menukar nama mereka kepada AKAR. Aktivi seni AKAR ini adalah menyediakan platform untuk mereka-mereka yang ingin menyampaikan dan berkongsi karya mereka dengan orang lain.

Pada 31 Julai 2009 yang lepas, AKAR telah pun mengadakan acara mereka di Galeri Seni Shah Alam ( berdekatan Laman Budaya Tasik Shah Alam) Secara keseluruhan acara pada malam itu terdapat sedikit kekurangan dari segi penganjuran. Pihak AKAR telah memaklumkan, bahawa tenaga kerja mereka juga kekurangan pada malam itu kerana hal-hal yang tak dapat dielakkan.Namun usaha mereka untuk menganjurkan acara ini seharusnya diberi penghargaan.

Acara AKAR seringkali dihadiri oleh nama-nama besar dalam arena seni kata bahasa Melayu khususnya. Nama-nama besar seperti Fynn Jamal, Pak Agi dan beberapa nama lagi sudah sinonim dengan acara AKAR ini. Askarya Arts difahamkan bahawa acara AKAR selepas ini mungkin akan diadakan pada bulan November ini insyaallah.Jadi kepada sesiapa yang ingin turut serta dengan acara ini,boleh lah mengikuti perkembangan mereka melalui kumpulan AKAR di facebook.Semoga AKAR akan terus mekar mewarnai seni.

Askarya Arts menghargai usaha pergerakan AKAR.

Tuesday, July 28, 2009

4. Beeha & Beehanisme


Askarya Arts kali ini ingin memperkenalkan seorang pemuzik yang cukup berbakat dan mempunyai potensi untuk melangkah lebih jauh. Ya, Beeha adalah pemusik yang dimaksudkan itu. Gambar foto diatas ialah gambar cd demo yang terbaru dari Beeha.

Beeha merupakan seorang pemusik yang cukup sinonim dengan acara Pekan Frinjan yang diadakan di Shah Alam. Kali pertama Askarya Arts mendengar hasil karya Beeha adalah sewaktu acara Pekan Frinjan 2.0. Alunan lagu yang sememangnya lain dari yang lain membuatkan setiap yang mendengarnya pasti terpukau. Apa yang dapat dirumuskan Beeha merupakan seorang pemusik yang berbakat.Hasil karya muziknya juga dihasilkan oleh Beeha sendiri.

Buat mereka yang belum pernah mendengar atau masih belum mengetahui tentang kewujudan Beeha di arena performasi jalanan ini, anda bolehlah mendengar hasil karya Beeha di akaun facebook nya search : Beeha. Lagu-lagu seperti Pari-pari kertas, Kelkatu dan Inilah aku pasti membuatkan anda tertarik dengan hasil seni Beeha ini. Selamat mendengar.

Askarya Arts mengucapkan selamat maju jaya kepada Beeha dan semoga terus berkarya!

3. Filem Gadoh : review


Kali ini Askarya Arts ingin mengulas sedikit sebanyak tentang filem independen yang telah mula ditayangkan kepada penonton yang bertajuk Gadoh. Secara sinopsisnya, Gadoh mengisahkan isu sensitiviti perkauman yang berlaku di dalam negara kita. Ia mencerminkan isu perkauman yang terjadi pada masa kini dan lebih dirasai oleh golongan muda dan generasi baru.

Filem Gadoh arahan Brenda Danker ini merupakan satu filem yang boleh diklasifikasikan sebagai sebuah filem yang berani dan membawa kelainan kepada para penonton. Mesej filem ini sangat jelas dan mudah difahami jalan ceritanya. Isu perkauman yang dianggap sensitif oleh sesetengah pihak diolah baik untuk dijadikan jalan cerita dalam cerita ini.

Para pelakon dalam filem ini juga memberikan hasil terbaik untuk menambahkan lagi keberkesanan mesej dalam hasil kerja filem ini. Tahniah diucapkan kepada barisan produksi filem Gadoh ini. Terbukti, pembikin filem independen mampu menghasilkan karya yang hebat dan berkualiti.

Askarya Arts menyokong bangsa Malaysia!

Sunday, July 26, 2009

2. Pekan Frinjan 4.0 : review

Pada 25 Julai 2009, acara Pekan Frinjan 4.0 telah pun diadakan di tempat biasa acara tersebut iaitu di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam. Acara kali ini nampaknya lebih meriah dengan pelbagai jenis gerai jualan yang turut serta. Antaranya ialah Sang Freud Press, ROTTW, dan sebagainya.

Persembahan mantap dari setiap ahli muzik, pemuisi,penyajak sememangnya memberikan persembahan yang terbaik. Persembahan daripada Selamat Pagi Gadis, Otam, Mohd Jayzuan, Zahiril Adzim,Beeha dan juga yang lain turut menjadi tarikan utama acara kali ini.Pekan Frinjan 4.0 juga lebih meriah dengan kehadiran pengunjung yang semakin ramai daripada acara frinjan yang sebelumnya.

Diharapkan acara frinjan akan teruskan. Semoga acara-acara yang berkaitan dengan kegiatan seni ini akan diperbanyakkan lagi dari masa ke semasa.

Askarya Arts menyokong acara Pekan Frinjan!

Saturday, July 25, 2009

1. askarya zine


askarya : coretan kata peminat bahasa

Zine ini adalah projek pertama Askarya Arts. Askarya : coretan kata peminat bahasa telah pun dipasarkan. 9 muka surat hitam putih ini mengandungi esei pendek,kolaj kata dan juga puisi dalam versi bahasa melayu.

setiap satu unit dijual pada harga rm 2.





askarya arts : introduksi

hello semua.

Ini adalah blog ASKARYA ARTS. Sebagai pengenalan, askarya arts adalah satu entiti yang terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti penghasilan karya-karya seni, barang-barangan seni dan seumpamanya.

Askarya Arts pada masa ini lebih berfokus kepada beberapa aktiviti dahulu seperti, photography, visual arts, zines, art cards, review on art events, news on art and etc. Tetapi ia akan lebih diperbanyakkan dari masa ke semasa.Jadi teruskan bersama kami di Askarya Arts.

Terima kasih kepada semua yang meyokong kami dari hari pertama hingga je hari ini. Kami sangat-sangat menghargai sokongan kalian. Untuk keharmonian seni bersama, Askarya Arts ditubuhkan.

TERIMA KASIH SEMUA!!!!

untuk keharmonian seni,

askarya arts