Pada 25 Julai 2009, acara Pekan Frinjan 4.0 telah pun diadakan di tempat biasa acara tersebut iaitu di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam. Acara kali ini nampaknya lebih meriah dengan pelbagai jenis gerai jualan yang turut serta. Antaranya ialah Sang Freud Press, ROTTW, dan sebagainya.Persembahan mantap dari setiap ahli muzik, pemuisi,penyajak sememangnya memberikan persembahan yang terbaik. Persembahan daripada Selamat Pagi Gadis, Otam, Mohd Jayzuan, Zahiril Adzim,Beeha dan juga yang lain turut menjadi tarikan utama acara kali ini.Pekan Frinjan 4.0 juga lebih meriah dengan kehadiran pengunjung yang semakin ramai daripada acara frinjan yang sebelumnya.
Diharapkan acara frinjan akan teruskan. Semoga acara-acara yang berkaitan dengan kegiatan seni ini akan diperbanyakkan lagi dari masa ke semasa.
Askarya Arts menyokong acara Pekan Frinjan!
No comments:
Post a Comment